Wednesday, March 23, 2011

Pening | Keliru | Buntu

Sukarkah membuat pilihan?
sudah tentu!
mudah jika kita cuma mempunyai satu pilihan
maka kita tidak punya masalah untuk membuat keputusan dalam memilih
namun bagaimanakah jika kita dihadapkan dengan berbagai pilihan?


sebenarnya tanpa kita sedar
hari-hari yang kita lalui penuh dengan pilihan
dimana kita berdepan dengan situasi untuk membuat keputusan
sebagai contoh


1. "Nak makan ape hari ni?nasi?roti atau pasta?"
2. "Nak beli shawl yang merah atau yang kuning ye?"
3. "nak keluar berjalan kemana hari ni?
4. "Mau menonton wayang yang itukah atau itukah?
5. "Mau belajar di Universiti yang mane?

Sesungguhnya kehidupan kita sehari-hari akan brdepan dengan situasi memilih dan membuat keputusan.
Sukarkah? Mudah jika pilihan yang di buat adalah perkara yang remeh temeh.
Mudah jika pilihan yang di buat sudah diketahui awal-awal lagi kesannya. Namun bagaimana jika kita tak tau ape yang bakal berlaku dengan mengambil keputusan tersebut?
Contohnya keputusan untuk memilih pasangan. kita tak tahu apakah yang bakal berlaku bukan?
Bagaimana nasib kita denagn lelaki pilihan kita bukan?

Ouh..bukan masalah memilih pasangan yang merunsingkan kepala saya saat ni.Sudah tentu pasangan saya cuma beliau dan satu-satunya. InsyaALLAH~ Namun ape yang membebankan saya adelah soal memilih pekerjaan. Tak sangka sesukar ini. Mencari kerja satu hal. Interview di sana dan sini. Bukan mudah bukan untuk mencari kerja? Ada yang berkata tak usah terlalu memilih. Terima saja apa yang ade di depan mata. Asalkan tidak mengagur dan punya duit belanja bulanan. Benarkah? Tapi bukankah ini soal MASA DEPAN?
Sudah tentulah perlu memilih yang terbaik.

Situasi 1
Mira telah ditawarkan bekerja di sebuah syarikat swasta yang terkenal sebagai Eksekutif Perakaunan. Pekerjaan yang di tawarkan adalah sangat bersesuaian dengan Mira dan sangat-sangat di sukai beliau. Tetapi syarikat tersebut hanya menawarkan gaji yang rendah. Perluakh beliau menerimanya?

Situasi 2
Shida telah ditawarkan bekerja di sebuah Syarikat swasta sebagai Eksekutif Sumber Manusia. Gaji yang di tawarkan adalah lumayan. Namun demikian Shida tidak berminat untuk bekerja di situ memandangkan beliau adalah lulusan kejuruteraan. Perlukah beliau mengorbankan minat beliau?

Situasi 3
Hafiz adalah lulusan Multimedia. Beliau telah ditawarkan untuk bekerja di sebuah Syarikat Pengiklanan terkemuka. Namun demikian jarak tempat kerja dan rumah beliau adalah sangat jauh. Beliau juga tidak mempunyai kenderaan sendiri. Agak sukar untuk beliau mencari rumah sewa di tempat yang berdekatan memandangkan kos sara hidup yang tinggi. Perlukah beliau menerima pekerjaan tersebut?

Situasi 4
Maarof telah menamatkan pengajian sejak 6 bulan yang lalu tetapi masih tidak mempunyai pekerjaan. Beliau merupakan pelajar lulusan Pelancongan dan telah ditawarkan bekerja sebagai Eksekutif Pemasaran. Namun beliau tidak berminat untuk jawatan tersebut kerana tidak mempunyai asas pemasaran dan tidak suka pekerjaan yang perlu mencari pelanggan. Namun demikian beliau tidak mempunyai wang dan telah mengagur sekian lama. Perlukah beliau menerima tawaran tersebut?


Ternyata tidak mudah bukan? Bukan segala yang kita impikan kita akan perolehi begitu saja.
Barulah saya faham mengapa ramai yang mengatakan bahawa menjadi seorang pelajar adalah lebih indah.
Ouh..saya agak pening memikirkan hal ini maka terjadilah entry ini. Sekian~


Yang Buntu

^SyASyA SaNi^




P/s : Masih pening untuk membuat dan menimbangkan hala tuju~

6 comments:

fifianggun said...

good luck in ur life=)

SyASyA SaNi said...

thanx dear! ;)

Unknown said...

pilih yg terbaik :) dan pikir dlm segala aspek :)

Hasnah said...

kadang2 ape yg kita korbankan, mpunyai nilai & hikmahnya tersembunyi.. ;)

SyASyA SaNi said...

ezan:
Thanx darlink
InsyaALLAH~akan buat keputusan yang terbaek :)

SyASyA SaNi said...

Asna:
betol tu sayang..mesti ade hikmahnya
InsyaALLAH~ :)