Friday, September 11, 2015

Menunggu Hari

 11. 09. 2015
Hari ni kandungan dah berusia 35minggu dan 3hari.
Maksudnya 8bulan++  dah usia bebi bebi kesayangan dalam perut ni.
Perasaan memanglah tak sabar sungguh ni.
Lagi lagi bila doktor jangkakan 36minggu mungkin bebi keluar dah.


Baju semua dah cuci, dah kemas,
Beg beg hospital pun dh ready letak dalam kereta.
Tengok tu Papa teruja, Mama apetah lagi kan.

05. 09. 2015
Sabtu lepas, Papa bawak Mama gi jalan-jalan kat mines.
Dah puas makan ice cream sambung jalan jalan lagi.
Tetibe perut sakit sangat sangat.
Selalunya kalau sakit, bila berkawad kawad nanti sakit perut tu akan berhenti
Tapi hari tu tak berhenti pulak, Makin sakit
Terasa macam nak berbaring kat lantai Mines tu.
Dokter cakap kalau sakit tak berhenti, teruslah pergi Hospital
Maka dengan menggelabahnya Papa bawak Mama pegi Hospital
Rupanya contraction biase je.
Perut cramp sebab babies dah besar dan rebut2 nak turun.
Lepas dah tido semalaman kat sepital,
Dokter pun dah bagi suntikan matangkan jantung bebi bebi, Mama pun boleh balik :)




25.08.2015
Ni gambar mase Mama pergi check up untuk 33weeks. Besar betul perut.
Masa ni kesayangan Mama 1.9kg + 1.99kg berat dia.


10.09.2015
Ni gambar semalam mase Papa bawak Mama pergi makan lepas balik kerja.
Selasa, 08.09.2015 Mama pergi check up untuk 35weeks punya.
Masa tu kesayangan Mama 2.5kg + 2.4kg berat dia. Bayangkan.
Almost 5kg!! Macam tak percaya.
Tapi Mama berkeras jugak nak pergi keje walaupun Dokter nak bagi MC.
Sebab takut kalau cuti lame2 nanti Mama jadi aktif dan malas.


Mama dan Papa doakan sayang sayang sihat dalam rahim Mama.
Semoga Allah permudahkan urusan kita ye sayang.
Walaupun belum bertentang mata, tapi Mama dah rasa rindu dan sayang sangat pada kalian.
Permudahkanla segalanya Ya Allah. Amin

3 comments:

lia ummiirfan said...

semoga sihat ibu dan anak.. :))
salam kenal dari follower #102

Tips asingkan tempat tidur anak

nurul harnani kasmari said...

ASSALAM. nanie happy tgk akak dan peyot akak. take care :)

mohd shauqar said...
This comment has been removed by the author.