Thursday, August 4, 2016

Hampir 11 bulan




10++ bulan yang membahagiakan bersama anak kembar saya.
Macam mimpi, macam tak percaya je.
Kejap je dua dua dah besar.
Rasa macam baru semalam je mengandung lepas tu bersalin.
sekarang dah pandai berdiri, tak lama lagi dah boleh berjalan.


Anak kembar pertama di beri nama PUTERI ASNA KHAMEELA
Anak kembar yang kedua pulak PUTERI AININ KHADEEJA

Asna lahir dengan berat 2.38 kg secara normal delivery.
Ainin pulak lahir dengan berat 2.25 kg secara ceaserian.
Kenapa? sebab Ainin dah lemas dalam perut, dah sangkut dengan tali pusat.
Cemas sangat detik tu. Cepat cepat Dr tolak masuk ke operation room.
Mase tu takut sangat. Syukur anak anak mama selamat.


 Gambar belah kiri adalah gambar Adik (Ainin)
Gambar belah kanan tu Kakak (Asna)
Amacam?boleh beza tak?hehe



Dengan lahirnya kedua anak kemabr ni.
Keluarga kami menjadi lengkap dan ceria.
Riuh rendah rumah dengan gelagat si kembar.
Alhamdulilah.

1 comment:

lia ummiirfan said...

kembar seiras! susah nak tahu mana kakak mana adik. πŸ˜… tapi dua2 pun comel 😍😍😍