Sunday, February 12, 2012

Ole-Ole Express

Ole-Ole Express?
Kejadahnye tu?
Ouhh...tu sebenarnye nama untuk Team Futsal aku
Kawan aku si Ara yang bagi name
So baru2 ni..ermm xdela baru sgt kot
kitorg ade lawan bagi wakil  department aku
ni anjuran CIMB lerr ni
aku ni takdela terror main
tapi sesaje suke2 nak penohkn Team..
Haihh dah sekian lame baru aku nak update ni :P


Ni Team aku
Aku, Lily dan Ara
Pepagi lagi kebulur terus g meja bekpes
muke haruslah lesu
kejadahnya nak mekap2 bagai
nak bersukan kot kan?



Tadaaa!
Dah tukar pakai uniform dah :)
Muke seblom start game haruslah ceria 



Lagi~


dan lagik!hehe


Pertandingan ni bertempat di Sport Planet Ampang
Nampak tak giler ramai orang tu?
huuuu~cuak aku siot!



Ramainyerrr~~ -__-"



Tapi dulik hape kan
kalah menang adat bertanding 


Yang penting enjoy!


Ni ntah lawan grup mane tah
sume pasukan hebat2
cemanela ktrg yg bru belatih 2-3 minggu ni nak menang?
Asalkan bukan paling last sudah

Main tak seberape pun pompuan ni
tapi penat je lebih~

Kakiku kakimu~
Alahai..kasut futsal pon pinjam
Last minit punye hal
Naseb baek muat :)




Haaa...ni baru aku punyer
Baru beli
Merah lagi~
Takyah nak mahal2 sgt
Aku bukan pandai main pon~hoh0

K lah dah update
Babai~!


P/s: Paham tak perasaan benci hari AHAD sebab esok adalah ISNIN? -__-"

Friday, February 10, 2012

Special K please!


Kurangkan gula di dalam makanan
Tambahkan gula di dalam senyuman :)



Untitled


 "If there ever comes a day when we can't be together,
keep me in your HEART....I'll stay there forever"


P/S: Gamba tiada kene mengena -_-"

Tuesday, February 7, 2012

Budak sunyi dan Pari-Parinya.



Sumpahkan aku ke sana
hidup bersama
mati berdua

andaiku takdir di sini
rangkullah aku
peluklah aku

jangan kau puja
jangan kau hina
ikhlasku dan jujurku

jangan kau puja
jangan kau hina
ikhlasku dan jujurku

sempatkah aku ke sana
ku takut semua
hilang bernama

ambilku dan bawa lari
kerna ku takut
tiada lagi

hanya kerna cinta yang ini
aku berserah tinggi kepada-Mu

yang Maha Esa
ku butuh cinta dia

engkau yang Maha Esa
agungkan cinta ini

sumpahkan aku ke sana
hidup bersama
mati berdua

ambilku dan bawa lari
kerna ku takut
tiada lagi

jangan kau puja
jangan kau hina
ikhlasku dan jujurku

dan suatu hari nanti
akan tiba seorang
memuja cinta kamu
meminta hati kamu

rangkulkan hati itu
dan hulurkan pada Dia
tanya pada tuhan kamu
apakah dia untuk kamu?


P/s: Lagu ini sungguh punya makna. Tiap-tiap bait membuat aku terpana. Sehingga meresap ke rongga jiwa.

Kahwin-Kahwin

Wo0t!W0ot!
Saya baru pulang dari Terengganu.
Sambil berkenduri kahwin
sambil berjalan2.
Ouhh yang tu cerita nantilah.
Sekarang nak bekongsi kegembiraan dgn 3 org kazen saya yang baru kawen
Uihh..jenuh betul sbb Majlis tarikh dekat2 je.

Ini kazen aku Boboi namenye
Dulu same tadika dengan aku
Segak dan cantik kan Boboi dan isterinya Fafa?
Tahniah korg berdua!
Ini majlis mereka di rumah pihak perempuan di Pahang
24 January 2012




Ini Kekna!
Kakak kepade Boboi tadi
Same manis dan same padan kan Kekna dan Suami, Nasir?
Tahniah dah selamat bernikah kekna!
26 January 2012

Wedding Reception
Boboi dan Kekna
Dewan Maeps
28 January 2012


Suweet kan bersanding serentak macam ni?
Pasni beranak pon serentak kot?
Hihiks!


Kami yg kazen2 ni mmg teruja tumpang gembira!
Jenuh weh nak carik baju same tema ngan pengantin
Nasiblah ade lagi dlm almari


Tadaaaaa~!
Omey sangat dorg dua ni :)

Yang 2 orang ni?
Errr...no komen.
Cambest gak kalo dapat sanding serentak dengan adek
nak ke Lila?hahaks


Tak lupa kepada Abang Ya dan Isteri
Kazen aku yg sorang ni kawen jugak akhirya
Kalo tak bz bussiness je
Tahniah Abg ya!
Majlis berlangsung pada 29 January 2012
Dewan..err kt Shah Alam
Lupa name dia



Ni pengiring2 pengantin kononyer
pakai baju purple siap


Yang tengah tu kazen aku Iqma
taklame dah :)


Yang sorang ni?
Hahaha~
Tettttt!
No comment yaww~


Oh yerr~
Kat bawah videa2 kawen Tunang dan nikah kazen2 aku
Meh layan~ :)
Kot2la korang bekenan nak amek dr Pakej yg same en?




Highlights (Engagement) : Nasir + Adlina from Style Weddings on Vimeo.



Highlight (Nikah & Sanding) : Adnin + Arifah from Style Weddings on Vimeo.



Highlights (Nikah) : Nasir + Adlina from Style Weddings on Vimeo.




Engagement: Adnin & Arifah from Style Weddings on Vimeo.

Itu saje entry kali ni
KBai!


P/s: Demam-demam penat berjalan~Pheww!

Thursday, February 2, 2012

Hujan



Hujan turun lebat
Deras
Seperti hati aku
Namun pipi yang basah
Bertemankan secawan nescafe
Aku senyum semanis mungkin
Duhai hati
Bertabahlah
Seperti mereka
Aku juga ingin bahagia
Pulangkan kembali perasaan manis itu

*senyum*
*mengeluh*
*mata berkaca*



P/s: Aku memang Penakut. Takut melawan perasaan sendiri.

#Toyz4Kidz Part 2

Akhirnya aku punya kesempatan untuk update entry ni
Masih lagi mengenai #Toyz4Kids
Dimana hari kejadian kami bertentang mata dengan kanak2 di wad ini
Alhamdulilah, Segalanya berjalan dengan lancar
Zassss!
Tengok gamba lagi senang cerita


Tarikh: 21 Januari 2012
Masa: 2.00 Pm - 6.00 Pm
Lokasi: Wad Pediatrik HKL
Kehadiran: #TwitterJaya #CP #TeamSanchez #TeamBarbie  #Toyz4Kidz Crew


Aku sendiri pun teruja tengok patung2 yang bakal di agihkan ni


Final touch~
Cek balek barang2 yang nak di agihkan pada kanank2


Leka menyiapkan hadiah


Sedikit taklimat mengenai pembahagian tugas



Acara di mulakan dengan bacaan doa



Wajah kanak2 dan keluarga pesakit

Antara yang hadir memeriahkan majlis

Melihat wajah riang kanak2 ni membuatkan aku sebak
berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul bukan?



Tak banyak yang dapat kami sumbangkan untuk kanak2 ni

Tapi dengan berkongsi kegembiraan dengan mereka buat aku rasa puas

Tengok, betapa cerianya kan?


Acara pemberian hadiah mengikut wad


Haipp!Sempat je amek gamba dolu~!


Kehadiran si Badut tentulah lebih menceriakan :)

Bergambar bersama pesakit.


Akhirnya tugas selesai! 
Syukur Alhamdulilah
Misi berjaya~
Walaupun agak penat tapi seronok sangat dapat buat kanak2 tu gembira 


Dah kepenatan
Jom ngeteh!

Terima Kasih semua! Ini adalah pengalaman paling beharga!
Kalau ade aktiviti Amal mcm ni jangan segan2 panggil kami lagi~
Kecik tapak tangan nyiru saya tadahkan.


Ya, kami tidak saling mengenali
Tapi dengan menggunakan medium Twitter
Kami semua bersatu untuk aktiviti amal macam ni.
Hanya melalui Tweethandle dan Hashtag
Segalanya mungkin!
Menarik bukan?

Sekian 


P/s: Ternanti-nanti aktiviti baru dari rakan Twitter :)
P/ss: Pice credit to Bell_on :) (link)