Wednesday, May 13, 2015

18 Minggu 1 Hari :)

Cepat betul masa berlalu.
Dah 18 minggu dah anak anak mama papa.
Setakat ni alahan berkurang. Takde mabuk dan muntah teruk.
Alhamdulilah~
Selera makan bertambah tapi aku tak mampu nak makan banyak.
Mungkin sebab ruang perut aku dah penuh dengan baby 2 orang ni.
Bapak baby yang selera makan banyak. Hehe.
Syukurlah dah boleh memasak. Kalau tak bau tumis2 pun dah loya.
Kesian Suami kena masak. Buat kerja rumah segala.
Terima Kasih Papa. WE Love you :)
Sekarang perut dah semakin membesar.
Sampai orang konpius aku ni 4 bulan ke 7 bulan?haha
Jalan pun macam dah penat dan mengah.

Memandangkan kehamilan aku ni berisiko tinggi iaitu satu kantung dan satu uri.
Atau nama lainnya MCMA twin (Monochorionic Monoamniotic) atau MOMO twin.
Maka aku diwajibkan buat check up di Hospital seawal kandungan berusia 3 bulan.
Setiap 2 minggu kena pergi hospital untuk check keadaan baby baby.
Sebenarnya risiko kehamilan ni sangat besar dan tak sanggup aku bayangkan.
Tapi aku redha, inilah ujian dari ALLAH untuk kami suami Isteri. 

Antara risiko kehamilan MOMO Twin adalah:-

 Risiko pada bayi
* Persaingan antara bayi dari segi makanan
* Bayi seorang besar seorang kecil
* Salah seorang bayi meninggal dan menyebabkan bayi seorang lagi turut meninggal.
* Tali pusat terbelit antara satu sama lain
*Bersalin awal

 Risiko pada Ibu
* Morning sickness yang teruk
* Bersalin awal
*Bersalin secara pembedahan

Untuk keterangan lanjut pasal MOMO twin ni boleh rujuk website dibawah

Ini antara risiko yang aku ingat Doctor penah bagitau aku.
Aku harap semuanya berjalan lancar dan baby baby ni selamat.
Semoga ALLAH perkenankan doa kami.
InsyaALLAH~Amin :)
Tak sabar nak tunggu diorang bergerak gerak.
Anak anak mama jangan nakal nakal ye sayang.
Jangan gaduh gaduh kat dalam tu.
Mama sayang awak berdua.
Lagi 5 bulan kita jumpa ye.




Masa ni 17 minggu. Perut dah besar.

Suami aku yang pemalu bila ajak selfie kat kenduri~Hoho

Abang, semoga kita kuat untuk hadapi dugaan yang ALLAH bagi ni.
Mudah-mudahan zuriat kita selamat.
InsyaALLAH.


P/s: Rasanya dah boleh unprivate blog dah :)

No comments: