Monday, May 18, 2015

Loki dan Leah si baby bulus.

      Asyik cerita pasal baby dalam perut je kan? Terlupa pulak pasal baby bulus dua ekor ni. Dijaga dengan penuh kasih sayang semenjak 76 minggu yang lalu. Masa mula mula amik dulu baru umur 3 bulan. Maknanya sekarang dah berumur 1 Tahun 10 bulan. dah besar rupanya anak anak mama ni. Yang oren bernama Loki. Yang putih + oren bernama Leah. Dua-dua ni betina. Tapi masa mula-mula amik tengok jantina Loki macam jantan. Menurut owner asal meow-meow ni, memang Dr Vet yang cakap Loki ni jantan. Jadi kitorang pun bagi nama Loki. Boipren aku yang bagi nama tu. *sekarang suami lah..hehe . Lepas tu mase pergi suntik vaksin untuk dua-dua meow ni, Dr Au sahkan yang Loki adalah betina. Aku nak tukar nama dia jadi Kiki. Tapi dia taknak menyahut pulak. Maka kekal lah Loki dengan nama tu.


Mula-mula Aku dan Adam bergilir-gilir jaga Loki dan Leah. Dalam dua minggu macam tu. Lepas tu Leah ade jangkitan fungus kat mata dia, terus Dr Au suruh pisahkan dari Loki sebab takut berjangkit. Jadi Mama jaga Leah, Papa pulak jaga Loki.Lepas Leah dah pulih dari fungus tu, terus aku amik Loki semula. Jaga dedua. Tapi masalahnya, Loki overly attached dengan Papa, Loki takmau dengan mama. Loki meragam taknak makan, kemurungan, dan meroyan. Lepas bawak jumpa Dr Au, Dr Au cakap Loki tengah kesedihan, dia ingat Papa taknak jaga dia lagi, dah tak sayang dia. Alahai..tak sangka betul kalau kucing dah sayang dengan Tuan memang dashat gaklah.Bila ada Papa, Loki happy sangat. So kitorang pun jagalah bergilir lagi sampailah Loki dah ok sikit. Terus tinggal dengan Mama je. Lepas dah kawin senanglah nak jaga. Sebab Mama ngan Papa ada je dengan Loki dan Leah. Tapi memang nampak ketaralah yang Leah rapat dengan Mama, Loki pulak lebih rapat dengan Papa.Gedik sangatttt!

 Seronok sebenarnya bela kucing ni. Kita tak rase sunyi. Selain tu, ni salah satu terapi jugak. Bila balik opis je konpem penat, letih,dan stress. Bebi bebi bulus ni lah pengubat hati. Seronok layan telatah diorang. Bila dah lama jaga, memang rase sayang kucing macam anak. Memang betul betul sebahagian dari family kita. Cuma yang penting kita bersiap sedia lah dengan keperluan dia. Tiap-tiap bulan kena siapkan belanja untuk makan, kena rajin bersihkan pasir hari-hari, kena layan kalau diorang nak bermanja ajak main, kena mandikan, kena jaga dari segi kesihatan jugak. Nak jaga kucing atau apa-apa binatang pun kena ikhlas tau. Sedih tau bila tengok ade separuh owner kucing yang biarkan kucing diorang comot, tak tukar pasir, makan tak menentu. Ishhhh...geram betul rase.

 Tapi benda paling mencabar bila nak kemas rumahlah. Penuh dengan bulu kucing. kat baju pun melekat baju kucing. Tu tak termasuk lagi perabot yang bercalar sebab perangai nakal dedua bebi bulus ni. dah bagi tempat cakar pun degil nak cakar perabot, katil ngan macam-macam lagilah. Tapi kalau dah sayangggg, mama papa memang tak kisah. Hadap jelah semua tu. Yang penting Loki dan Leah HAPPY~ :)



 Pet grass ni untuk meow makan. Senang nanti dia nak muntahkan hairball. 
Tapi masalahnya Loki ni, bukan setakat rumput je dia makan, ape jenis sayur ade kat dapur tu semua dia bawak lari makan.Macam-macam perangai. Haha~

Leah pun suka makan petgrass
Tapi takdelah kuat macam Loki.

 Haaa..tengok Loki tu, nak makan sorang sorang je. 


Sekarang Loki dan Leah dah besar. Tak lama lagi nak ade adik. Ade dalam perut mama ni. Makin nak dapat adik, makin manja pulak dua ekor bebi bulus ni. Bila mama papa balik kerje, seronok tengok dedua ni tercongok tunggu. Bila mama papa nak tido, Loki Leah rajin datang mintak kena usap. yang lagi best Loki Leah gesel2 perut mama sambil cium cium. Macam paham paham je ada baby. Tak sabar nak dapat adik ye?hehe. Harap bila dah keluar baby dalam perut ni, Loki ngan Leah jangan buli tau. Sayang baby sebagaimana mama ngan papa sayng Loki ngan Leah ok?. Mama ngan Papa sayangggggg sangat Loki dan Leah. Semoga kami dapat jaga kalian sampai bila-bila ye :)