Friday, September 11, 2015

Menunggu Hari

 11. 09. 2015
Hari ni kandungan dah berusia 35minggu dan 3hari.
Maksudnya 8bulan++  dah usia bebi bebi kesayangan dalam perut ni.
Perasaan memanglah tak sabar sungguh ni.
Lagi lagi bila doktor jangkakan 36minggu mungkin bebi keluar dah.


Baju semua dah cuci, dah kemas,
Beg beg hospital pun dh ready letak dalam kereta.
Tengok tu Papa teruja, Mama apetah lagi kan.

05. 09. 2015
Sabtu lepas, Papa bawak Mama gi jalan-jalan kat mines.
Dah puas makan ice cream sambung jalan jalan lagi.
Tetibe perut sakit sangat sangat.
Selalunya kalau sakit, bila berkawad kawad nanti sakit perut tu akan berhenti
Tapi hari tu tak berhenti pulak, Makin sakit
Terasa macam nak berbaring kat lantai Mines tu.
Dokter cakap kalau sakit tak berhenti, teruslah pergi Hospital
Maka dengan menggelabahnya Papa bawak Mama pegi Hospital
Rupanya contraction biase je.
Perut cramp sebab babies dah besar dan rebut2 nak turun.
Lepas dah tido semalaman kat sepital,
Dokter pun dah bagi suntikan matangkan jantung bebi bebi, Mama pun boleh balik :)




25.08.2015
Ni gambar mase Mama pergi check up untuk 33weeks. Besar betul perut.
Masa ni kesayangan Mama 1.9kg + 1.99kg berat dia.


10.09.2015
Ni gambar semalam mase Papa bawak Mama pergi makan lepas balik kerja.
Selasa, 08.09.2015 Mama pergi check up untuk 35weeks punya.
Masa tu kesayangan Mama 2.5kg + 2.4kg berat dia. Bayangkan.
Almost 5kg!! Macam tak percaya.
Tapi Mama berkeras jugak nak pergi keje walaupun Dokter nak bagi MC.
Sebab takut kalau cuti lame2 nanti Mama jadi aktif dan malas.


Mama dan Papa doakan sayang sayang sihat dalam rahim Mama.
Semoga Allah permudahkan urusan kita ye sayang.
Walaupun belum bertentang mata, tapi Mama dah rasa rindu dan sayang sangat pada kalian.
Permudahkanla segalanya Ya Allah. Amin

Monday, August 3, 2015

RAYA 2015 #AdamSyasya



Dah masuk minggu ke 3 raya dah.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN :)

Pertama kali beraya sebagai Husband & Wife
Tahun depan kita beraya dengan #AdamSyasyaJr pulak
InsyaALLAH.

Raya tahun ni masih dapat beraya dengan Mama Abah hari Raya pertama
Tahun depan dengan keluarga mertua pulak.
Terima kasih abang :)

Loki Leah pun beraya dengan kitorang pagi raya.
Lepas tu kena tinggal.
Kena jaga umah.
Hahaha

Alaaaa..kejap je.
Lepas 3 hari Papa ngan Mama balik dah.
Macam ni lah keadaan Loki Leah lepas jumpa Papa Mama.
Rindu lettew~


SELAMAT HARI RAYA SEMUA :)


Monday, July 6, 2015

Puasa 2015 dan Kembar MCDA.

Alhamdulilah. Sedar tak sedar dah masuk 19 Ramadhan. Cepat sangat. Rasa macam baru semalam je start puasa. Tahun ni, agak mencabar jugak puasa. Tak boleh lepaskan diri sendiri je, kena pikirkan perut suami. Paling penting, dua budak kecik dalam perut ni. Buat masa ni baru ponteng puasa sehari sebab terlepas sahur. Lapa. Yang selebihnya Alhamdulilah, mampu puasa. Baby dalam perut bagi kerjasama. I Love you baby!

Maternity check up berjalan macam biasa. Seminggu sekali atau dua minggu sekali. Memang gigih la kitorang laki bini berulang pegi sepital. Tapi demi kebaikan anak dalam perut, kita gagahkan saja. Smoga selamat semuanya. Apa yang paling menggembirakan, bulan puasa ni dapat berita yang  sangat melegakan.

Sebelum ni, doc sahkan yang anak dalam perut ni satu kantung. Tapi lepas kali kedua buar detail scan, akhirnya nampak jugak membrance 2 kantung. Alhamdulilah. Akhirnya status baby bertukar dari MMCA ke MCDA. Kuranglah sikit risiko. Apepun aku berserah. Ni semua kuasa ALLAH.





Monday, June 8, 2015

Tendang sana tendang sini


Akhirnya.
Jenuh menunggu.
Semalam baby tendang tendang perut mama.
Sampai tak boleh tido dibuatnya.
Teruskan menendang.
Aktif sangat dia yeh.
Dalam tak sedar terus mama nangis.
Sebak betul rasanya.
Sejak pregnant ni memang extra sensitif.
Bertabah ye mama, baby kan ade :")

Thursday, May 28, 2015

This Amazing Commercial From Thailand Will Make You Cry




ไดอารี่ของลูกน้อย ที่บันทึกช่วงเวลาแห่งความสุขที่เราได้ดูแลและเห็นเค้าโตเป็นผู้ใหญ่ที่แข็งแรง ใครเขียนไดอารี่มาแชร์กันบ้างนะคะ

Posted by Mother&Care on Friday, March 27, 2015

Monday, May 18, 2015

Loki dan Leah si baby bulus.

      Asyik cerita pasal baby dalam perut je kan? Terlupa pulak pasal baby bulus dua ekor ni. Dijaga dengan penuh kasih sayang semenjak 76 minggu yang lalu. Masa mula mula amik dulu baru umur 3 bulan. Maknanya sekarang dah berumur 1 Tahun 10 bulan. dah besar rupanya anak anak mama ni. Yang oren bernama Loki. Yang putih + oren bernama Leah. Dua-dua ni betina. Tapi masa mula-mula amik tengok jantina Loki macam jantan. Menurut owner asal meow-meow ni, memang Dr Vet yang cakap Loki ni jantan. Jadi kitorang pun bagi nama Loki. Boipren aku yang bagi nama tu. *sekarang suami lah..hehe . Lepas tu mase pergi suntik vaksin untuk dua-dua meow ni, Dr Au sahkan yang Loki adalah betina. Aku nak tukar nama dia jadi Kiki. Tapi dia taknak menyahut pulak. Maka kekal lah Loki dengan nama tu.


Mula-mula Aku dan Adam bergilir-gilir jaga Loki dan Leah. Dalam dua minggu macam tu. Lepas tu Leah ade jangkitan fungus kat mata dia, terus Dr Au suruh pisahkan dari Loki sebab takut berjangkit. Jadi Mama jaga Leah, Papa pulak jaga Loki.Lepas Leah dah pulih dari fungus tu, terus aku amik Loki semula. Jaga dedua. Tapi masalahnya, Loki overly attached dengan Papa, Loki takmau dengan mama. Loki meragam taknak makan, kemurungan, dan meroyan. Lepas bawak jumpa Dr Au, Dr Au cakap Loki tengah kesedihan, dia ingat Papa taknak jaga dia lagi, dah tak sayang dia. Alahai..tak sangka betul kalau kucing dah sayang dengan Tuan memang dashat gaklah.Bila ada Papa, Loki happy sangat. So kitorang pun jagalah bergilir lagi sampailah Loki dah ok sikit. Terus tinggal dengan Mama je. Lepas dah kawin senanglah nak jaga. Sebab Mama ngan Papa ada je dengan Loki dan Leah. Tapi memang nampak ketaralah yang Leah rapat dengan Mama, Loki pulak lebih rapat dengan Papa.Gedik sangatttt!

 Seronok sebenarnya bela kucing ni. Kita tak rase sunyi. Selain tu, ni salah satu terapi jugak. Bila balik opis je konpem penat, letih,dan stress. Bebi bebi bulus ni lah pengubat hati. Seronok layan telatah diorang. Bila dah lama jaga, memang rase sayang kucing macam anak. Memang betul betul sebahagian dari family kita. Cuma yang penting kita bersiap sedia lah dengan keperluan dia. Tiap-tiap bulan kena siapkan belanja untuk makan, kena rajin bersihkan pasir hari-hari, kena layan kalau diorang nak bermanja ajak main, kena mandikan, kena jaga dari segi kesihatan jugak. Nak jaga kucing atau apa-apa binatang pun kena ikhlas tau. Sedih tau bila tengok ade separuh owner kucing yang biarkan kucing diorang comot, tak tukar pasir, makan tak menentu. Ishhhh...geram betul rase.

 Tapi benda paling mencabar bila nak kemas rumahlah. Penuh dengan bulu kucing. kat baju pun melekat baju kucing. Tu tak termasuk lagi perabot yang bercalar sebab perangai nakal dedua bebi bulus ni. dah bagi tempat cakar pun degil nak cakar perabot, katil ngan macam-macam lagilah. Tapi kalau dah sayangggg, mama papa memang tak kisah. Hadap jelah semua tu. Yang penting Loki dan Leah HAPPY~ :)



 Pet grass ni untuk meow makan. Senang nanti dia nak muntahkan hairball. 
Tapi masalahnya Loki ni, bukan setakat rumput je dia makan, ape jenis sayur ade kat dapur tu semua dia bawak lari makan.Macam-macam perangai. Haha~

Leah pun suka makan petgrass
Tapi takdelah kuat macam Loki.

 Haaa..tengok Loki tu, nak makan sorang sorang je. 


Sekarang Loki dan Leah dah besar. Tak lama lagi nak ade adik. Ade dalam perut mama ni. Makin nak dapat adik, makin manja pulak dua ekor bebi bulus ni. Bila mama papa balik kerje, seronok tengok dedua ni tercongok tunggu. Bila mama papa nak tido, Loki Leah rajin datang mintak kena usap. yang lagi best Loki Leah gesel2 perut mama sambil cium cium. Macam paham paham je ada baby. Tak sabar nak dapat adik ye?hehe. Harap bila dah keluar baby dalam perut ni, Loki ngan Leah jangan buli tau. Sayang baby sebagaimana mama ngan papa sayng Loki ngan Leah ok?. Mama ngan Papa sayangggggg sangat Loki dan Leah. Semoga kami dapat jaga kalian sampai bila-bila ye :)

Wednesday, May 13, 2015

18 Minggu 1 Hari :)

Cepat betul masa berlalu.
Dah 18 minggu dah anak anak mama papa.
Setakat ni alahan berkurang. Takde mabuk dan muntah teruk.
Alhamdulilah~
Selera makan bertambah tapi aku tak mampu nak makan banyak.
Mungkin sebab ruang perut aku dah penuh dengan baby 2 orang ni.
Bapak baby yang selera makan banyak. Hehe.
Syukurlah dah boleh memasak. Kalau tak bau tumis2 pun dah loya.
Kesian Suami kena masak. Buat kerja rumah segala.
Terima Kasih Papa. WE Love you :)
Sekarang perut dah semakin membesar.
Sampai orang konpius aku ni 4 bulan ke 7 bulan?haha
Jalan pun macam dah penat dan mengah.

Memandangkan kehamilan aku ni berisiko tinggi iaitu satu kantung dan satu uri.
Atau nama lainnya MCMA twin (Monochorionic Monoamniotic) atau MOMO twin.
Maka aku diwajibkan buat check up di Hospital seawal kandungan berusia 3 bulan.
Setiap 2 minggu kena pergi hospital untuk check keadaan baby baby.
Sebenarnya risiko kehamilan ni sangat besar dan tak sanggup aku bayangkan.
Tapi aku redha, inilah ujian dari ALLAH untuk kami suami Isteri. 

Antara risiko kehamilan MOMO Twin adalah:-

 Risiko pada bayi
* Persaingan antara bayi dari segi makanan
* Bayi seorang besar seorang kecil
* Salah seorang bayi meninggal dan menyebabkan bayi seorang lagi turut meninggal.
* Tali pusat terbelit antara satu sama lain
*Bersalin awal

 Risiko pada Ibu
* Morning sickness yang teruk
* Bersalin awal
*Bersalin secara pembedahan

Untuk keterangan lanjut pasal MOMO twin ni boleh rujuk website dibawah

Ini antara risiko yang aku ingat Doctor penah bagitau aku.
Aku harap semuanya berjalan lancar dan baby baby ni selamat.
Semoga ALLAH perkenankan doa kami.
InsyaALLAH~Amin :)
Tak sabar nak tunggu diorang bergerak gerak.
Anak anak mama jangan nakal nakal ye sayang.
Jangan gaduh gaduh kat dalam tu.
Mama sayang awak berdua.
Lagi 5 bulan kita jumpa ye.




Masa ni 17 minggu. Perut dah besar.

Suami aku yang pemalu bila ajak selfie kat kenduri~Hoho

Abang, semoga kita kuat untuk hadapi dugaan yang ALLAH bagi ni.
Mudah-mudahan zuriat kita selamat.
InsyaALLAH.


P/s: Rasanya dah boleh unprivate blog dah :)

Wednesday, April 8, 2015

13 weeks

Alhamdulilah, dah 13 minngu dah anak anak mama papa.
Dengan ini berakhirlah 1st trimester.
Selamat datang 2nd trimester!!
Baby dah lebih kuat dan sihat pada peringkat ni.
Pertumbuhan baby pun akan bertambah cepat.
Ho Yeahhhh!
Alhamdulilah, semalam check up doc ckp baby cantik dan sihat.
Kemain aktif mama dan papa tengok.
Melompat lompat Baby A mama, aktif!
Baby B pulak menyorok sikit dekat bawah.
Disebabkan baby berkongsi kantung yg sama, persaingan berlaku.
Mama harap Baby A dengan Baby B dapat pakat same  same ye.
Sebak mama tengok anak anak mama melompat, bergerak gerak kat dalam perut.
Indah betul perasaan ni. Tak dapat nak gambarkan. 
Mama tau, papa pun sebak tengok baby semalam.




Orang kata bile berakhirnya 1st trimester bermaksud berakhir jugak morning sickness.
Mungkin ya pada kebanyakan ibu lain, tapi tidak pada aku.
Morning sickness tetap teruk
Selera pun tak menentu. Lapar teramat, tapi tak boleh nak makan sangat.
alahan untuk ibu yang mengandung kembar lebih dashat dari mengandung biasa.
Ni lah dugaan untuk aku. Takpe, demi baby baby mama, mama rela hadapi untukmu sayang
*usap usap perut,sebak*


Perut dah besar sikit.
Doc cakap kalau baby kembar memang perut besar dari biasa :)


Hai, buat ape kat dalam tu.
Jangan nakal nakal ye :)

Tengok papa tu, leka sangat shopping.
Heeee..tak sangka perut dah besar camni.

Semoga dipermudahkan.
InsyaAllah, amin :)

Monday, April 6, 2015

Pengalaman mengandung pertama kali

Teruja.
Best.
Letih amat.
Loya.
Kembung.
Moody.
Mengantuk.
Lapar teruk
Mabok.

Tapi,


BAHAGIA :)

Tuesday, March 24, 2015

Tak Sabar

Siapa suka baby? Sesiapa pun suka kan.
Macam aku, suka sangat tengok baby. Rase tenang je.
Terus tak sabar nak ada anak sendiri.
Tapi jodoh datang lambat.
Apapun perancangan ALLAH tu terbaik.
Walaupun aku kawin lambat.
Tapi ALLAH bagi rezeki mengandung cepat.
Perasaan sekarang?
Seronok teramat.
TAK SABAR :)
Rasa teruja. Tapi tak berani nak share dengan orang sangat.
Sebab kandungan masih baru.
Aku tahan diri dari update pape pasal kandungan dekat semua social media.
Twitter, Instagram, facebook.
Sebab?aku taknak ade yang terasa, taknak terlalu gembira.
Ramai lagi yang mahukan anak, tapi belum rezeki, aku doakan diorang cepat2 ade rezeki.

Dekat blog ni je aku tak tahan nak share.
Lagipun takde follower sangat pun.
Tak banyak macam kat Twitter, Instagram, facebook.
Untuk kenangan dan bacaan hari tua nanti.
Tapi aku terpaksa private, belum ready lagi.
Bak kata suami&family, jangan suka sangat, takut kecewa.
Aku pegang kata2 tu.
InsyaALLAH, masuk 2nd atau 3rd trimester nanti baru aku berani unprivate dan nak share pape. :)

Baby baby mama sihat pagi ni?
Jangan nakal nakal dalam tu.
Tolong mama ye.
Mama cepat letih..selalu mabuk.
Tapi mama bertabah untuk sayang berdua.
Mama akan jadi kuat untuk kalian.
InsyaALLAH. 

Monday, March 23, 2015

10.03.2015





















Kejutan kedua.
KEMBAR!!
Alhamdulilah, tak sangka sangat.
Tak tau nak gambarkan macam mana perasaan.
Semoga semuanya selamat.
InsyaALLAH,
Amin :)

Wednesday, March 18, 2015

15.02.2015


Kejutan pertama.
Masa ni baby baru umur 4 weeks 1 Day
Alhamdulilah, syukur pada Allah atas rezeki awal ini.
sebak sangat.
semoga awak sihat ye sayang :)

Monday, March 16, 2015

19.12.2014



Alhamdulillah.
Syukur Ya Allah untuk pernikahan ini.
Semoga ikatan ini berkekalan hingga ke Syurga.
InsyaAllah~Amin


#AdamSyasya