Saturday, January 14, 2012

Secebis dari HATI

Terdiam kaku aku di ruang ini. Bibir bisu. Pejam celik dan pejam celik. Sesaat, semimit, hatta setiap jam waktu berdetik. Masa begitu pantas meninggalkan aku. Aku kurang pasti. Masa yang semakin berjalan bisa mematangkan aku atau menjadikan aku kian terhuyung hayang dek tujahan mereka di sekeliling aku.

Entah mengapa. Aku semakin hilang dalam diri sendiri. Kian lama kian karam. Bukan kemahuanku untuk terbang melayang begini. Mungkin perih jerih yang telah aku lalui merubah aku ke manusia lain? Ahh. Usah ditanya kerna aku jua tak punya jawapan. Setiap persoalan yang berlegar di fikiran mati sendiri. Biarkan.

Sungguh. Keras begitu bukan aku. Dingin beku begitu juga bukan aku. Mungkin ini helahku agar tak terlihat lemah oleh pandangan kamu. Persis wanita besi aku mahu terlihat kental begitu. Tiada niat aku untuk berhati kering dari tunduk mengalah. Kalaulah kau tahu bahawa aku juga benci jadi begini. 

Hati ini terlalu rapuh. Namun masih berbaki untuk kamu. Ego barngkali yang menolak aku jauh dari kamu. Kalaulah kau bisa fahami betapa goyahnya hati seorang aku. Ternyata bukan mudah. Tak pernah mudah. Aku pohon. Usah biarkan aku sendiri terawang melayang kalah dalam pertarungan jiwa sendiri. Aku juga mahu bahagia. Ajari aku tentang rasa indah itu lagi. 




P/s: Kusut serabut

6 comments:

Nizam Ijam said...

tukar2 r shout tu :P

SyASyA SaNi said...

alaamak..nk tkr yg mane eh?

Unknown said...

pergh dah ghupe blog minah indon dah ni

SyASyA SaNi said...

nape plak ko ckp cmtu jiji? -__-"

Unknown said...

bahasa entry engko..ahaha..engko tetap muke pan asia..wakaka..pan asia lah sangat..aku takder weh twitter..tak gheti aku..

SyASyA SaNi said...

haha...ni aku main karang je haa
pan asian puihhh!kipas lebeh kn ko
alahai kejadah xde twitter? -_-"