Wednesday, May 13, 2015

18 Minggu 1 Hari :)

Cepat betul masa berlalu.
Dah 18 minggu dah anak anak mama papa.
Setakat ni alahan berkurang. Takde mabuk dan muntah teruk.
Alhamdulilah~
Selera makan bertambah tapi aku tak mampu nak makan banyak.
Mungkin sebab ruang perut aku dah penuh dengan baby 2 orang ni.
Bapak baby yang selera makan banyak. Hehe.
Syukurlah dah boleh memasak. Kalau tak bau tumis2 pun dah loya.
Kesian Suami kena masak. Buat kerja rumah segala.
Terima Kasih Papa. WE Love you :)
Sekarang perut dah semakin membesar.
Sampai orang konpius aku ni 4 bulan ke 7 bulan?haha
Jalan pun macam dah penat dan mengah.

Memandangkan kehamilan aku ni berisiko tinggi iaitu satu kantung dan satu uri.
Atau nama lainnya MCMA twin (Monochorionic Monoamniotic) atau MOMO twin.
Maka aku diwajibkan buat check up di Hospital seawal kandungan berusia 3 bulan.
Setiap 2 minggu kena pergi hospital untuk check keadaan baby baby.
Sebenarnya risiko kehamilan ni sangat besar dan tak sanggup aku bayangkan.
Tapi aku redha, inilah ujian dari ALLAH untuk kami suami Isteri. 

Antara risiko kehamilan MOMO Twin adalah:-

 Risiko pada bayi
* Persaingan antara bayi dari segi makanan
* Bayi seorang besar seorang kecil
* Salah seorang bayi meninggal dan menyebabkan bayi seorang lagi turut meninggal.
* Tali pusat terbelit antara satu sama lain
*Bersalin awal

 Risiko pada Ibu
* Morning sickness yang teruk
* Bersalin awal
*Bersalin secara pembedahan

Untuk keterangan lanjut pasal MOMO twin ni boleh rujuk website dibawah

Ini antara risiko yang aku ingat Doctor penah bagitau aku.
Aku harap semuanya berjalan lancar dan baby baby ni selamat.
Semoga ALLAH perkenankan doa kami.
InsyaALLAH~Amin :)
Tak sabar nak tunggu diorang bergerak gerak.
Anak anak mama jangan nakal nakal ye sayang.
Jangan gaduh gaduh kat dalam tu.
Mama sayang awak berdua.
Lagi 5 bulan kita jumpa ye.




Masa ni 17 minggu. Perut dah besar.

Suami aku yang pemalu bila ajak selfie kat kenduri~Hoho

Abang, semoga kita kuat untuk hadapi dugaan yang ALLAH bagi ni.
Mudah-mudahan zuriat kita selamat.
InsyaALLAH.


P/s: Rasanya dah boleh unprivate blog dah :)

Wednesday, April 8, 2015

13 weeks

Alhamdulilah, dah 13 minngu dah anak anak mama papa.
Dengan ini berakhirlah 1st trimester.
Selamat datang 2nd trimester!!
Baby dah lebih kuat dan sihat pada peringkat ni.
Pertumbuhan baby pun akan bertambah cepat.
Ho Yeahhhh!
Alhamdulilah, semalam check up doc ckp baby cantik dan sihat.
Kemain aktif mama dan papa tengok.
Melompat lompat Baby A mama, aktif!
Baby B pulak menyorok sikit dekat bawah.
Disebabkan baby berkongsi kantung yg sama, persaingan berlaku.
Mama harap Baby A dengan Baby B dapat pakat same  same ye.
Sebak mama tengok anak anak mama melompat, bergerak gerak kat dalam perut.
Indah betul perasaan ni. Tak dapat nak gambarkan. 
Mama tau, papa pun sebak tengok baby semalam.




Orang kata bile berakhirnya 1st trimester bermaksud berakhir jugak morning sickness.
Mungkin ya pada kebanyakan ibu lain, tapi tidak pada aku.
Morning sickness tetap teruk
Selera pun tak menentu. Lapar teramat, tapi tak boleh nak makan sangat.
alahan untuk ibu yang mengandung kembar lebih dashat dari mengandung biasa.
Ni lah dugaan untuk aku. Takpe, demi baby baby mama, mama rela hadapi untukmu sayang
*usap usap perut,sebak*


Perut dah besar sikit.
Doc cakap kalau baby kembar memang perut besar dari biasa :)


Hai, buat ape kat dalam tu.
Jangan nakal nakal ye :)

Tengok papa tu, leka sangat shopping.
Heeee..tak sangka perut dah besar camni.

Semoga dipermudahkan.
InsyaAllah, amin :)

Monday, April 6, 2015

Pengalaman mengandung pertama kali

Teruja.
Best.
Letih amat.
Loya.
Kembung.
Moody.
Mengantuk.
Lapar teruk
Mabok.

Tapi,


BAHAGIA :)

Tuesday, March 24, 2015

Tak Sabar

Siapa suka baby? Sesiapa pun suka kan.
Macam aku, suka sangat tengok baby. Rase tenang je.
Terus tak sabar nak ada anak sendiri.
Tapi jodoh datang lambat.
Apapun perancangan ALLAH tu terbaik.
Walaupun aku kawin lambat.
Tapi ALLAH bagi rezeki mengandung cepat.
Perasaan sekarang?
Seronok teramat.
TAK SABAR :)
Rasa teruja. Tapi tak berani nak share dengan orang sangat.
Sebab kandungan masih baru.
Aku tahan diri dari update pape pasal kandungan dekat semua social media.
Twitter, Instagram, facebook.
Sebab?aku taknak ade yang terasa, taknak terlalu gembira.
Ramai lagi yang mahukan anak, tapi belum rezeki, aku doakan diorang cepat2 ade rezeki.

Dekat blog ni je aku tak tahan nak share.
Lagipun takde follower sangat pun.
Tak banyak macam kat Twitter, Instagram, facebook.
Untuk kenangan dan bacaan hari tua nanti.
Tapi aku terpaksa private, belum ready lagi.
Bak kata suami&family, jangan suka sangat, takut kecewa.
Aku pegang kata2 tu.
InsyaALLAH, masuk 2nd atau 3rd trimester nanti baru aku berani unprivate dan nak share pape. :)

Baby baby mama sihat pagi ni?
Jangan nakal nakal dalam tu.
Tolong mama ye.
Mama cepat letih..selalu mabuk.
Tapi mama bertabah untuk sayang berdua.
Mama akan jadi kuat untuk kalian.
InsyaALLAH. 

Monday, March 23, 2015

10.03.2015





















Kejutan kedua.
KEMBAR!!
Alhamdulilah, tak sangka sangat.
Tak tau nak gambarkan macam mana perasaan.
Semoga semuanya selamat.
InsyaALLAH,
Amin :)

Wednesday, March 18, 2015

15.02.2015


Kejutan pertama.
Masa ni baby baru umur 4 weeks 1 Day
Alhamdulilah, syukur pada Allah atas rezeki awal ini.
sebak sangat.
semoga awak sihat ye sayang :)

Monday, March 16, 2015

19.12.2014



Alhamdulillah.
Syukur Ya Allah untuk pernikahan ini.
Semoga ikatan ini berkekalan hingga ke Syurga.
InsyaAllah~Amin


#AdamSyasya